Thursday, February 12, 2026

PHOTO DIARY #6/2026

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi tak sempat nak buat entri masa tengah hd, mengantuk sangat sampai dah bangun tidur pun mengantuk lagi hahahha. Oklah jom kita tengok cerita bergambar. Petang ini dan esok mesti mula jem di MRR2 menghala ke Gombak, almaklum nak cuti Tahun Baru Cina dan Ramadhan kan.

cikgu hantar ws katanya dia tertinggal beg bekal bawah meja alahai

bekal dia hari ini

Air limau ais semalam kan panas terik

makcik bawang semalam petang, dah lama tak ambil gambar kat cermin ni sejak boss asyik bukak pintu je

Minggu ini tema putih melepak

Kalau dia tak panggil masuk bilik, dia melepak kat tempat aku

Hari selasa dia tak sekolah, sebab masa dalam perjalanan ke sekolah kereta rosak

hari isnin aku cuti lagi, masa ni balik ambil dia kat sekolah

Abah dok bukak coklat, katanya dapat ada orang bagi... sempena nak CNY rasanya

Pantang nampak benda alah ni mesti dia laju je masuk, masa ni nak bawak dia pergi klinik ambil vaksin

Hari sabtu, ada acik kat centre bawak nasi dagang dapat la merasa

10 comments:

  1. Kucing nak pergi jalan-jalan agaknya :)

    ReplyDelete
  2. Dari semalam dh jam teruk. Ni masa ammi dok komen ni jam pukul 7.32pm and ammi masih dlm bus balik Somban. Mujur tak leh solat klau tak tu confirm tak tenang hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok ramai yg komen kata beberapa hari ni dekat lembah klang jem lain macam... mujur la bukan laluan dana, selamat sikit

      Delete
  3. Ye smlm ke sri iskandar otw blk berderet kereta ke utara
    Ramaii dah start blk bercuti kot

    ReplyDelete
  4. semua tempat pun sesak luar biasa beberapa hari kebelakangan ini. Tak sabar nak tunggu minggu depan. Nak golek golek kat jalan. ha h ah

    ReplyDelete
  5. Lucuuuunya si anak bulus tuh yaaa. Manja dengan Ayyan agaknya 😄.

    ReplyDelete
  6. Abah jangan makan banyak2 choc tu ye...manis tu.....kereta rosak? alahai...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...