Assalamualaikum semua,
Dari minggu lepas pejabat aku dah dapat limau mandarin lokam tu, seorang dapat 1 kotak. Tapi jangan makan banyak-banyak sehari sebijik je udah. Lepas tu hari ahad aku kan beli bekalan buah di Pasar Buah Selayang, tanya-tanya dengan aunty yang jual buah mana sedap. Ada pelbagai jenis dari yang biasa yang kecil comel, yang besar dan berjus. Aku cuba 1 kotak ni katanya jenis papagan. Sekotak RM35 isinya 9 biji je tapi memang besar buah nya. Manis dan berjus. Minggu depan kita cuba yang lain pulak hehehehe.
Limau Mandarin Papagan (耙耙柑) atau dikenali sebagai Chunjian ialah sejenis limau premium yang sangat berair, manis, dan mudah dikopek, menjadikannya pilihan popular semasa musim perayaan. Ia terkenal dengan kulitnya yang lembut, sedikit kasar atau berkedut, serta saiz vesikel jus yang besar di dalamnya.
Ciri-ciri utama limau Papagan:
- Rasa: Sangat manis dan berair, dengan sedikit rasa asid.
- Kulit: Lembut, tebal, berkedut, dan sangat mudah dikupas.
- Isi: Tidak mempunyai biji atau sangat sedikit.
- Tekstur: Lembut dan tidak keras.
Limau ini sering dianggap sebagai simbol tuah dan kemakmuran, terutamanya kerana ia menandakan ketibaan musim bunga.
![]() |
| beza kan dengan limau yang biasa dapat belah kanan tu |
![]() |
| camni isinya sedap manis |



