Assalamualaikum semua,
Dari minggu lepas, dekat kedai borong buah aunty jual buah tu suruh cuba buah matoa atau longan brazil. Sedap katanya, tapi harga keras sikit RM20 sekilo. Ahad baru ni aku pun beli la 7 biji, saja nak buat rasa. Dah makan dah rasa, aku tak suka buahnya. Dia memang ada rasa yang unik tapi bagi aku rasanya agak kering, aku lebih pilih buah mata kucing atau laici dari matoa ini. Tapi tak tau lah kalau matoa yang kulitnya warna maroon tu lain rasanya. Ada yang kata matoa ini gabungan rasa durian, mangga dan rambutan tapi entah aku tak rasa pun gitu.
Rupa buah sebelum dan selepas di kopek |
bijinya halus ada bau macam laici tapi takde rasa laici |
Kita pernah beli yg warna hitam kulitnya. Taklah suka sangat, bolehlah buat rasa lepas tu tak beli lagi dah sebab mahal. Kalau suka, mahal pun mesti beli kan.
ReplyDeleteitulah dana pun beli sebab teringin nk rasa kak, beli la 7 biji je buat rasa-rasa
DeleteIni buah mata. Isinya kering. Longan / mata kucing Brazil lebih besar, isinya basah dan manis.
ReplyDeleteKami ada pokoknya. Jauh lebih sedap berbanding matoa.
Sorry typo# matoa tereja mata.
Deleteohhhh tak sama ye kak? kene cuba jugak la yang betul-betul longan brazil ni
DeleteBoleh tahan jugak ye harga dia. Kalau dri segi isi mmng nmpk mcm buah mata kucing. Saya curious pulak dgn dia punya rasa. Haha wonder camne rasa durian, mangga dan rambutan tu bila dicampur sekali
ReplyDeletememang boleh tahan harganya, itu pun kira murah ada saya tengok di tiktok rm40 sekilo... kene cuba beli kalau jumpa tu
DeleteAkak pun x berapa suka sebab buahnyer kering x juicy...harga mahal namati
ReplyDeletebetul kak dana pun rasa dia macam kering , tp ada kawan yang cakap sedap
DeleteTak penah mkn lg
ReplyDeleteTp ada tanam jga kat kebun hari buah tak sempat rasa
kalau berbuah kang jual kak, dana nk beli hahaha
DeleteTak pernah pula makan Longan Brazil ni Dana.....err sebenarnya tak pernah jumpa juga.
ReplyDelete