Friday, October 4, 2024

RESEPI SUP KETAM

 Assalamualaikum semua,

Gigihkan buat entri hari ini setelah lama tak kongsi resepi memacam. Ini aku kongsikan resepi sup ketam buat masa Aiyan dalam hospital. Orang kata ketam nipah bagus tapi aku cari mana yang mudah jelah. Alhamdulillah membantu jugak dalam menaikkan platlet Aiyan. Sup nya aje dia minum isi ketam selamat dalam perut papanya.

Bahan-bahan: 

3 ketul ketam ( 1 ekor aku belah 2)

1biji bawang holland, hiris nipis

4 ulas bawang putih, hiris nipis

1 inci halia, hiris nipis

3 akar daun sup

1 batang cili api

daun sup

air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan bahan hiris hingga naik bau dan bertukar kuning. 

- Masukkan ketam gaul-gaul dengn rempah, tutupkan periuk dengan penutup biar jus ketam tu keluar.

- Bila ketam dah bertukar warna, tambahkan tomato dan cili api, tambah kan air 3 ke 4 cawan.

- Tutup lagi periuk tu dan masak untuk 5 ke 10 minit lagi biar sup nya jadi lebih sedap.

- Perasakan dengan garam sikit pastu tambah daun sup dan siap.














2 comments:

  1. Tak pernah masak sup ketam.
    Nampak menyelerakan sungguh sup ketam Dana ni.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.
    Kalau begini cara masakannya memang sangat sedap ni Dana.
    Orang kata memang bagus kalau kena demam denggi makan sup ketam.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...