Friday, June 21, 2024

RESEPI SAMBAL KELAPA @ SAMBAL NASI IMPIT

 Assalamualaikum semua,

Lama dah blog aku ni senyap sunyi bila tiba hari jumaat. Maafkan lah diriku yang kehabisan idea untuk kongsi resepi dalam blog ni. Tapi kali ini, resepi ini memang antara yang jarang jumpa dan tak semua orang kenal. Biasa jumpa sambal kelapa ni bila makan dengan nasi impit, selalu belah pantai timur yang kenal makanan ini. Aku ni kalau sekali rasa   makanan tu sedap memang aku terjuja nak cuba masak. Balik kampung kali ini belajar dengan mak mentua, walaupun renyah nak buatnya tapi puas hati sebab dah dapat resepinya. Jom kawan-kawan aku kongsikan resepinya.


Bahan-bahan:

1 biji kelapa parut (saiz besar)

2-3 keping gula nisan atau gula melaka - kikis halus (ikut pada selera nak manis mana)

4 ekor ikan selayang - rebus dan buang tulang

3 ulas bawang putih- kisar

1 biji bawang merah besar- kisar

1 inci halis- kisar

4 batang serai- kisar

garam

Cara masak:

- Kelapa parut jadikan kerisik hingga warna coklat, kisar hingga keluar minyak, boleh jugak di tumbuk hingga halus dan keluar minyak. Ketepikan

- Dalam talam atau bekas besar letakkan kerisik, gula nisan dan isi ikan. Gaulkan semua bahan hingga semua bercampur.

- Dalam kuali masukkan bahan-bahan kisar, tak perlu tambah minyak... kacau hingga naik bau dan boleh masukkan bahan-bahan kerisik yang telah digaulkan dengan gula dan isi ikan.

- Masak dengan api kecik gaulkan hingga kering semuanya. Tambahkan sedikit garam. Bila dah kering boleh matikan api dan sejukkan. Siap

Menu raya haji, orang lain makan nasi minyak aku beria makan nasi impit dan sambal kelapa ni

perjuangan nak jadikan kerisik

hingga coklat gini

tumbuk hingga halus

sampai keluar minyak gini tau... 


satukan semua bahan ini kecuali bahan kisar


Tumiskan hingga naik bau atau warna kekuningan

Masaukkan bahan lain, masak hingga kering

Ini lah rupanya bila dah siap

makan dengan lontong pun sedap

makan kering-kering gini sedapnya

Thursday, June 20, 2024

PHOTO DIARY #19/2024 JENJALAN KE PESTA JUALAN DI KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Maaf lah ye sejak dua menjak ni memang selalu sepi blog aku ni. Kadang aku selalu je jenguk blog kawan-kawan tapi blog sendiri tak dihiraukan. Kita kongsi gambar masa balik kampung aritu ye, cuti Raya Haji kami semua balik ke Kerteh, Terengganu sampai hari rabu. Kebetulan ada macam pesta bunga atau funfair gitu, jadi wajibla kita jenguk kan. 

Jom tengok gambar yang ada jom

geram tengok gerai jual orkid ni



ini cantik sangat

cantik tapi harganya tu yang tak berapa cantik heheheh


ini murah rm18 je

sejenis orkid hutan




nak beli mainan katanya

mahal jugak ni wei

ini lagi mahal rm250 memang tak la nak beli

kongsi je hehehe

ini kat luar pesta tu, nasi goreng udang

mee udang, RM15 tapi puas hati udang besar

muka gembira dapat beli orkid

Wednesday, June 12, 2024

TOLONG MAK BUAT REMPEYEK

 Assalamualaikum semua,

Masa balik kampung tu, esoknya mak suruh tolong dia buat rempeyek kacang tanah. Mak nak bagi kat makcik yang buat kenduri. Orang jawa panggil `NYUMBANG` bagi kuih ke apa-apa sumbangan untuk balas apa yang orang tu pernah bagi dulu. 

Gaya mak buat rempeyek memang jenis tuang tepi kuali, aku suka yang gini. Kalau yang bulat aku memang tak berapa nak suka. Kalau aku , suka  yang sikit je ada kacang dengan bilis tapi dah mak buat kita bedal jelah kan heheheh. 

mak buat 3 plastik tepung, bahan semua mak kisar je
nipis je mak buat tau.... 



makan masa panas-panas best tau

Tuesday, June 11, 2024

BISKUT BANGKEK

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas kawan pejabat ke Tawau, melawat staf pejabat yang kemalangan masa kerja dan ditahan di ward Hospital Tawau. Jadi pengarah dan 2 orang pegawai ke Tawau buat lawatan kerja dan melawat staf tu. Mereka balik tu bawak ole-ole untuk kami. Ada satu biskut yang sangat menarik perhatian aku. Sebab rupanya, bau dan rasanya yang sedap bagi aku. 

Biskut Bangkek namanya, boleh juga baca di sini. Aku jumpa di blog sabah tentang biskut ini, kredit untuk blog Orang Sabah. Rupanya ia biskut kaum bugis, tapi memang sedap tau. Rasanya ranggup, ada bau yang harum, rasa tak manis sangat tapi macam rasa bahulu tapi macam bukan.


Banyakkan ole-ole nya

ini lah dia


rupa dia belah belakang

ini depan

Monday, June 10, 2024

GOODIES MAJLIS KAHWIN SEPUPU

 Assalamualaikum semua,

Hari tu dah tunjuk pembuatan bunga telur, kali ini aku kongsikan isi goodies bag tuan rumah kepada geng rewang dan geng kendarat. Boleh tahan jugak meriah isi nya macam-macam ada. Hari majlis pagi tu kami rewang isi makanan dalam goodies bag ni. 


ada diberi bunga telur juga

ini isi dalamnya... ada kerepek, bunga telur, air kotak 1 liter, kek, jajan dan sapu tangan

Thursday, June 6, 2024

PHOTO DIARY #18/2024

 Assalamualaikum semua,

Sekarang kelaut betul lah blog aku ni, masih rajin berblogwalking cuma itulah kadang untuk buat entri yang tak terbuat. Makanya kita cari la kerajinan untuk selit jugak cerita... Jom tengok cerita bergambar jom.

Pertama kali pandu sendiri alza ni, dah la lama tak pandu sendiri balik kampung Johor

sampai rumah dalam kul 1 lebih, terus makan perut lak dah lapar

ajak paksu pasang lampu pelita sekali

petang tu ajak paksu pergi cari satay

sekarang rutin harian berubah, balik sekolah hantar Aiyan ke rumah

Kawan dari sekolah rendah lagi

Kawan pejabat jual aiskrim Malaysia, kita kene lah sokong

Hari ini punya baju batik

pantau dengan CCTV je bila dia kat rumah

ni bodyguard Aiyan ni... teman dia