Monday, May 29, 2023

DUGAAN PEJABAT KAMI

 Assalamualaikum semua,

Maaf dah 2 minggu aku tak kongsi resepi dekat blog ini, minggu lepas ada gotong-royong itu yang tak sempat buat entri. Ini cerita 2 minggu lepas kejadian pada 19 Mei 2023 waktu maghrib lebih kurang. Masa tu sekitar Kuala Lumpur dan beberapa negeri hujan lebat berangin. Disebabkan hujan lebat dan angin kencang banyak kerosakan terjadi kat JUPEM terutama bangunan pejabat aku. Bumbung tingkat 8 terbang wei, habis semua mujurla ada 1 lapisan lagi kalau tak habis la bocor pejabat di tingkat 8. 

Maghrib tu ada pegawai yang lambat balik jadi dia la saksi kejadian ribut tu. Dia la yang naik ke bumbung tingkat 8 untuk ambil gambar dengan beberapa pengawal keselamatan. Memang dugaan sungguh buat pejabat kami tahun ini. Rasanya ada banyak tempat yang di landa ribut juga tapi rumah aku di Selangor tak ada angin ribut. Berangin kencang tapi hujan renyai je. 

bumbung yang jatuh menimpa tempat parking lori

bumbung tempat letak motor yang baru siap di pasang pun habis terbang

berangin sampai pintu kaca terbuka sendiri

gambar bumbung bangunan kami yang terbang, di ambil dari bangunan sebelah yang lebih tinggi



pegawai naik atas bumbung ambil gambar 
gambar keadaan bumbung bila dia gunakan flash baru nampak keadaanya


esok hari nya boss turun padang tengok keadaan pejabat

bumbung yang di terbangkan

sabtu 20hb ramai staf datang untuk isi dalam kotak segala aset  yang penting dan bungkus dalam plastik takut bumbung bocor

hari ahad 21 hb gunakan benda alah ini untuk turunkan apa yang rosak

keadaan bumbung tu dah kosong, belum di pasang bumbung yang baru lagi

19 comments:

  1. Punyalah kuat angin, pintu kaca berat kan selalunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya kak, tapi ni tak teruk lagi pernah angin kuat sampai pintu kaca pecah tau sebelum ni

      Delete
  2. mmg 19hb tu tgk kejadian ribut ngan ujan lebat kt pavilion..rupanya pejabat dana pn kena juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tempat dekat KL kene kan kak... teruk betul

      Delete
  3. ujian yang berat juga...nasib baik pejabat dan bukannya rumah...

    ReplyDelete
  4. macam mintak dipindahkan ke bangunan lain je kan..dengan lift kejap ok kejap tak ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ura-ura nak pindah putrajaya mmg ada ammi, cuma banyak halangan

      Delete
  5. Allahu...dugaan.. ni time hujan lebat angin kuat tu yer? moga dipemudahkan semuanya... aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib lepas tu takde dah hujan ribut gitu lagi

      Delete
  6. Alamak... mesti angin kuat betul ni, sampai boleh jadi camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kuat sungguh kak, sebab ada kawan yang kongsi video kejadian

      Delete
  7. Tidak sangka kuat anginnya. Tapi ada baca suratkhabar, dinding rumah pangsa tercabut.

    ReplyDelete
  8. Allahu... skrg ni kalau hujan ribut je mmg lain mcm anginnya... semoga dipermudahkan semua urusan di pejabat dana

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan..seram betullahhhh... Dahsyat...Moga tabah yeee

    ReplyDelete
  10. syukur tiada sebarang kecederaan Dana, semoga di permudahkanNya jua bagi semua yang sedang di uji, aamiin

    ReplyDelete
  11. teruk ributnya di serendah banyak pokok tumbang

    ReplyDelete
  12. Allahu....
    Memang hari tu ribut taufan kan..tak tau pula tempat kerja Dana antara yg terlibat.Semoga dimudahkan urusan

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...