Friday, October 21, 2022

RESEPI ROJAK PETIS JOHOR

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku cuti rehat, lif rosak lagi kebetulan pukul 10.00 pagi ada perjumpaan dengan cikgu kelas Aiyan jadi cuti jelah. Boss aku pun kata ok je, ada mesyuarata apa-apa kang aku emel jelah dekat dia.

Ini resepi berulang sebab pernah kongsikan dulu, tapi kita kongsikan lagi dengan bahan yang agak lain. Rojak kegemaran kami adik beradik dan rasanya ada dekat Johor je. Macam rojak buah tapi ada sayur ,nanti cuba tau.

Bahan-bahan:

2 batang timun, potong ikut suka

6-8 keping tauhu, goreng dan potong dadu

1 ikat kangkung, celur

1 biji nanas sedang, potong kecil

1 bungkus kacang tanah, goreng dan tumbuk 

1 botol petis@otak udang

5 sudu besar kicap manis

1 sudu besar asam jawa paste

2 sudu besar gula

20-30 biji cili api ,tumbuk

sedikit garam

*boleh tambah sayur tauge dan sengkuang juga, tapi aku lupa nak beli.

Cara masak: 

- Campurkan petis, asam jawa, cili tumbuk, gula, garam, separuh kacang tumbuk dan kicap kacau hingga sebati.

- Lepas tu masukkan nanas dan timun, gaul rata masukkan kangkung, kacang tumbuk sikit dan tauhu gaul rata lagi.

- Rasa lah kalau kurang masin tambah kicap, kurang masam tambah asam sikit lagi. Dia kena ada rasa masam masin manis lemak gitu.Taburkan baki kacang tumbuk lagi.

- Selalunya aku biarkan 20 minit dulu baru makan, biar sebati betul- betul. Selamat mencuba.




Masukkan ini dulu biar dia cepat berair



Aku paling suka dah simpan semalaman dalam peti, kuah dia makin banyak sedap hirup

Kalau buat ni wajib bagi maktek sebekas besar

25 comments:

  1. Hu3. Terliur tengok. Kita dah lah sejenis yg suka makan rojak šŸ¤¤. Boleh cuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tambah tauge tu celur kejap masuk akhir sekali ya. Cuba tau

      Delete
  2. oo begini rupanya rojak petis saya pernah dgr nama rojak petis tapi belum pernah makan,nanti nak cuba buat la bagi orang pahang rasa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya macamni lah rupanya rojak petis tu, cuba tau nanti ya

      Delete
  3. Kena rajin sediakan bahan-bahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat ini renyah sikit kak tapi sedap, itu yg sekali buat memang buat banyak.

      Delete
  4. alamakkkkk sedap ni! meleleh air lior masuk sini tengah malam hehehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya...kalau dulu-dulu resepi rojak petis ni ada dalam buku SRT tu...memandang gambar rojak tu pun dah nostalgia

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, dana kalau dapat bau dia pun dah memang kecur air liur

      Delete
  6. Rajinnya dana
    rojak buah2 memangg perghhh layan sedapp
    tp akak xleh sgt karangg bersin resdung he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan rojak buah kak, buah cuma guna nanas je

      Delete
  7. terliurnyaaa! nk rsnya masuk dlm skrin rs skit.. haha

    ReplyDelete
  8. Buat sendiri lagi sedap ikut selera sendiri. Rindunya nak makan rojak petis. Susah nak jumpa orang jual rojak petis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sini mmg takde orang jual, kalau balik johor baru jumpa

      Delete
  9. Ya ampun!
    Sedapnya rojak petis. Betul tu Dana, simpan dulu, dah berair-air baru sudukan masuk mulut. Walaaaa... enak banget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, buat petang mkn malam, esok pagi2 pun dah makan rojaknya kuah dia tu yg nikmat hirup

      Delete
  10. alaaaaa....ape ni....godaan apa ni....kenapa la jauh umah Dana ni...kalau dekat dah mintak sepinggan dah

    ReplyDelete
  11. favourite akak ni dana oi. setgh prg letak air asam nipis sket lg yummy.. ratah pun sedap ni

    ReplyDelete
  12. Nice post thank you Melinda

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...