Friday, July 30, 2021

RESEPI MASHED POTATO FRENCH FRIES

 Assalamualaikum semua,

Resepi ini aku dapat di youtube dari Indonesia yang aku suka ikut. Dia suka kongsi resepi ringkas dan mudah ini antaranya. Bagi aku menarik dan bila dah siap hasilnya memang puas hati tau. Cara buatnya pun senang dan hasilnya mantap, sebab tu aku kongsikan di sini.

Bahan-bahan:

5 biji kentang sederhana, rebus dan lenyek halus

1 1/2 - 2 cawan tepung jagung ( kalau lembik boleh tambah)

sedikit garam

sedikit serbuk lada hitam

Hirisan daun kucai (boleh guna daun apa pun)

Minyak

Cara Masak:

- Dalam kentang lenyek tu masukkan garam, lada sulah dan daun kucai gaul hingga sebati

- Masukkan tepung jagung, gaul lagi hingga sebati dan boleh di bulatkan lepastu ambil adunan, gelek biar rata dan potong memanjang, goreng dalam minyak panas hingga keperengan.

- Siap boleh makan dengan sos cheese atau sos cili


Kita campurkan 4 bahan ini dulu ya

Lepas kita campurkan tepung jagung

kita gelek jangan nipis sangat  tau 

potongla ikut suka saiz besar mana 

goreng dalam minyak panas hingga keperangan tau

ini percubaan pertama, tepung sikit sangat tak jadi lepas dah tambah tepung baru helok

Dah siap... bila tengok ni rasa macam nak buat lagi lah

close up sikit... ranggup tau 

Rupa dalam nya... 

20 comments:

  1. Replies
    1. ya betul tu kak, simple dan sedap makan lak masa tengah panas best

      Delete
  2. Menariknyaaaaa. Kentang ada macam onz je nak try ni

    ReplyDelete
  3. kena lebihkan tepung ye baru cantik..thanks for the tips! Boleh cuba :)

    ReplyDelete
  4. Wah mula lenyek kentang lepas itu baru gelek doh buat jejari kentang. Boleh cuba.

    ReplyDelete
  5. Bestnya goreng macam ni kak. Boleh cuba nanti ni. Rangup rangup tu sedap tu

    ReplyDelete
  6. semalam baru anak2 kak ana tonton kat Village Cooking depa nak buat resepi ni Dana hehe.. boleh lah try versi Dana ni :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Dana…fries buatan sendiri. Lebih istimewa..ada hirisan daun.
    Macam nak try buat jugak.

    ReplyDelete
  8. Hai asyik makqn yg sedap2 ja..bertambah tembam la aiyan..rajin mak nya cuba resepi baru..

    ReplyDelete
  9. Wah sedapnya!! Nak try juga la nanti!

    ReplyDelete
  10. Cantiknya! Senang nak buat ye Dana.

    ReplyDelete
  11. Awsalamualaikum Dana

    Wawww sedap ni, nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  12. sedap nyer nah...simple je nk bt..

    ReplyDelete
  13. Nampak senang jer kan..tp kena try and error macam akk buat karipap tu

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...