Monday, May 6, 2024

USTAZ SAMSUL DEBAT

 Assalamualaikum semua

Isnin lepas 29 April Ustaz Samsul Debat ada datang JUPEM. Wajibla kita pergi kan sebab ceramahnya memang tak mengantuk langsung. Ini kali kedua dia datang dan bagi ceramah di JUPEM ni. Memang tak mengantuk asyik la gelak je. Dewan pun bukan main penuh je.

awal kami datang daftar

tak dapat bergambar dengan orangnya, dengan buntignya pun ok 

berceloteh la dia selama 2 jam lebih kurang



bab bergambar no 1 kan 

pihak urusetia minta dia minum dulu di Kedai Puspanita

Thursday, May 2, 2024

PHOTO DIARY #15/2024

 Assalamualaikum semua,

Ya Allah dah seminggu rupanya aku tak buat entri, dari isnin, selasa ada je kerja nak dibuat sampaikan tak sempat nak buat entri. Jom la kita layan cerita bergambar yang ada ya. 

lauk hari ahad

banyak ketul dia makan, suka betul dia

pi dengar ceramah

comelkan topi arnab ni

semalam jumpa ayam goreng orang jual tepi jalan, RM1.50 je seketul
geram tengok menggunung gini


kek lapis kukus

sedap tak manis sangat

dia kata lapar, dapat makan lemang habis dia bedal

bermula episod mendaki tangga semula


paksu hantar gambar, mak abah makcik dan nyai melawat kakak nyai di Kluang

Thursday, April 25, 2024

PHOTO DIARY #14/2024

 Assalamualaikum semua,

Dah petang baru dapat buat entri, sibuk betul rasanya hari ini. Jom la kita layan cerita bergambar jom.

si orkid

pantang jumpa kotak


laksa lemak

belikan dia congkak kat rumah

mengacau je budak ni

layan aiskrim asam boi

bubur kacang hijau dan bubur pulut hitam nak buat aiskrim

banyak jugak dapat

lapar makan ringkas je

persiapan buat jamuan raya ni minggu depan

Tuesday, April 23, 2024

BUNGA JANDA KAYA MAK MENTUA

 Assalamualaikum semua,

* Silap info la kengkawan, bukan janda baik tapi JANDA KAYA hahhahaha




bergambar jugak sebelum balik aritu

Monday, April 22, 2024

MAIN CONGKAK

 Assalamualaikum semua,

Hari rabu lepas kan pagi tu hujan lebat, lebat siap berangin lagi. Disebabkan hujan yang lama tu taska banjir teruk. Jadi pagi tu taska tutup sebab cikgu perlu bersihkan taska, buang air semua. Masa aku ambil Aiyan pukul 1 tu taska masih tutup lagi jadi aku bawak jelah dia duduk dekat bilik aku. Suruh dia mandi dulu lepas tu bawak ke bilik suruh duduk diam-diam. 

Papanya pulak lupa bawakkan tablet, awal tu suruh dia baca surat khabar. Lama-lama dia bosan, aku cakap jom main congkak. Dia tak pernah pun main congkak tu jadi kene ajar lah kan. Walaupun lambat dia gerak tu tapi dia seronok. Mamanya sampai tak boleh buat kerja dek melayan dia main congkak. Mujur kerja dah siap itu melayan la dia main congkak sampai pukul 4 jugak.


acik-acik datang bagi dia duit raya


dia teruja masa mula main congkak ni



sambil tunggu giliran dia, dia bedal biskut mentega

sebelum balik bergamba kejap...

Friday, April 19, 2024

RESEPI CORNFLAKES MADU

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsikan menu raya, antara biskut raya paling mudah buat dan sedap. Setiap tahun aku mesti buat, tahun ini tak sempat buat kt rumah sini kita buat kat kampung jelah. Buat tak banyak buat ada-ada je. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

2 kotak sedang cornflakes

1 botol sedang madu

3 sudu besar bijan putih

150gm mentega

cup kecil

Cara masak:

- Masak dalam kuali mentega dan madu, masak hingga keluar buih dan madu pekat.

- Masukkan bijan, dan curah cornflakes gaul-gaul hingga semua madu merata.

- Matikan api dan letak dalam talam. Masukkan dalam cup, bakar dalam oven untuk 5-7minit suhu 180. Dah sejuk simpan dalam bekas, siap.

* aku suka bakar dulu kejap supaya hasilnya akan ranggup je tak jadi lembik.






Thursday, April 18, 2024

GAMBAR RAYA DI TERENGGANU

 Assalamualaikum semua,

Raya ke 3 kan perjalanan gerak pagi sampai rumah pukul 8 malam. Raya ke 4 berjalan sekitar paka dan Kerteh je, tak ke pantai sebab hujan lebat. Memang tak best betul sebab sekejap sangat lepak kat kampung kali ini. Mak mentua pun takde masa menu raya. Hari ahad tu dah gerak lepas tu menghadap jem sampai 12 jam. Sabtu malam ahad tu sempat la ajak bergambar, aku siap dengan baju kelawar je ehheheh. Jadi lah ada kenangan jugak kan.

Gambar adik beradik ikut turutan, tapi ada seorang yang tak balik kampung

gambar keluarga besar kami

aku rasa Edy tu dah tinggi tapi adik dia tinggi lagi....

ini menantu paling hantu, aku sorang je menantu yang bukan orang terengganu