Tuesday, October 20, 2026

MAKTEK DAH BERSALIN, ALHAMDULILLAH

 Assalamualaikum semua,

Ini cerita hari ahad lepas ini, dalam pukul 6 pagi maktek call aku. Katanya dia dah keluar darah mintak aku tolong jagakan anaknya 2 orang tu. Nak hantar ke rumah aku tapi dua orang tu tengah tidur. Jadinya mintak Edy hantarkan ke rumahnya. Tak jauh dekat jugak masih di tempat sama cuma blok lain. Maktek ke Hospital Ampang, sampai sana dalam pukul 7 lepas dah periksa dalam pukul 8 lebih doktor cek dah ada bukaan 3cm. Maktek baru 33 minggu, nampak nya yang ini pun cepat macam yang nombor 2 tu 33 minggu juga. 

Maktek baru pindah rumah ni, dalam 2 minggu kalau tak silapnya. Memang dia tak jangka pun akan bersalin awal jadi memang tak besiap langsung cuma baju bayi semua memang dah disediakan dalam beg tu la. Tunggu la budak-budak bangun tidur dalam pukul 8 lebih masakkan sarapan lepas tu si kecik tu nak susu je. Jaga sampai pukul 12 lebih, ayah mereka balik rumah nak rehat kejap. Lepas asar hantar mereka berdua ke rumah aku pulak mintak tolong jagakan sebab ayahnya nak tengok maktek kat hospital. 

Malam mereka balik rumah, ayahnya ambil lepas habis waktu melawat. Nak tunggu pun takut lama, adik aku suruh suaminya balik rumah. Dalam pukul 2 pagi maktek masuk labour room dan 2.15 dah selamat bersalin. Memang cepat je, suaminya memang tak sempat la nak datang teman. Alhamdulillah semua selamat, petang isnin maktek boleh balik dah. Bayi je kene tinggal sebab belum cukup bulan kan.


alhamdulillah la kami rumah dekat, kalau apa-apa mudah boleh tolong menolong

minum milo dan roti

request nak telur rebus pulak

masuk ward,dapat antibiotik dan ubat kuatkan paru-paru

layan la upin ipin, rumah ni astro tak pasang lagi boleh bukak you tube je


tengahari mandi dah dua orang ni

rumah aku yang ada pokok kemboja tu nampak tak?

Balik tu jalan kaki je, Edy sibuk pi beli barang belanja

Suka betul dia dengan biskut deluxe tu

lepas mandi, bagi susu

bermanja dengan abang Aiyannya

2.15 pagi selamat dah maktek

Monday, October 19, 2026

KORDIAL SUNQUICK SARSI

 Assalamualaikum semua,

Aku peminat air sarsi, tapi aku suka yang kordial gini. Yang sarsi bergas tu sedap tapi tak berani nak minum sangat. Baru-baru ini jumpa sunquick pun dah ada buat kordial sarsi tau. Sedap, lagi lah tambah ais memang ummmph la.





Laju je dia layan secawan bila nampak ada jug air sejuk

Thursday, October 15, 2026

PHOTO DIARY #35/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari ini maktek tolong ambilkan Aiyan balik sekolah dapat la masuk awal ke pejabat. Hari ini jerebu masih lagi teruk, entah sampai bila la nak hadap kan. Jom la layan cerita bergamba jom, kejap lagi nak sambung buat kerja yang tak habis-habis ni. 

Bilik kita dah takde cermin jadi kita tumpang cermin lif je waktu takde orang lain hehehe

Air sunquick pink

Kawan makan lepas hd, akak ni pun geng hd jugak... lepas hd terus singah kedai makan depan tempat hd ni makan kejap baru la sambung kerja

Menu untuk alas perut, lepas hd selalunya memang lapar

Mak ngah tunjuk jambu bertih putih dia buahnya besar-besar. Dia ni memang tanam apa pun menjadi

Semalam petang sempat la suruh dia siram pokok

Gambar petang semalam masa balik kerja, matahari pun dah berubah warna

Kalau waktu tengahari tak keluar ambil Aiyan aku parking sini, dekat je dengan opis cuma kalau dah masuk petang baru boleh keluar, orang parking penuh sini

petang kelmarin, punya la kuat angin... yang ada kes kereta terangkat kat damansara tu

Hari selasa masa ni naik opis dalam pukul 11 lebih selalu takde orang kat lif heheheh

geng makan

bandung selasih, sebenarnya aku nak mintak bandung cincau tapi salah sebut hahahha

Tuesday, October 13, 2026

KEBUN KE BELUKAR ?

 Assalamualaikum semua,

Hari ni parking biasa depan MINDEF tu penuh, jadi terpaksala parking tepi padang bola boleh tahan jugak jauhnya hahahha. Kawan-kawan doakan la aku tetap sihat sejahtera ya. Waktu rehat tadi ajak kawan makan sekali, selalu biasa la ada sesi meluahkan kerja hehehhe. Tapi hari ini kejap je tak sempat gosip macam selalu heheheh. Sejak kerja tempat baru ni aku selalu balik lambat kadang sampai rumah dah gelap, sekarang pun hampir tiap petang hujan. Jadi memang tak sempat nk jenguk kebun la. Ini pun ambil gambar ahad pagi sebelum keluar beli barang. Petang tu niat nak buat apa yang patut tapi hujan sudahnya biarkan jelah minggu depan la minta adik cleaner dekat rumah cabut je rumputnya hehehhe. Upah jelah dia senang kerja.

Depan rumah memacam pokok ada hehehhe

meriah kan rumputnya hahahha

belah belakang ni lagi meriah rumput... sampai tak nampak pokok kari hahaha

pokok orkid pun lama tak jenguk aduhla, sian diaorang

Monday, October 12, 2026

KELAS BUAT DONAT

 Assalamualaikum semua,

Rasanya dah 2 minggu dia takde kelam memasak. Akhirnya hari ini ada kelas donat. Cikgu ada kongsi gambar mereka dalam kelas donat hari ini. Mesti bawak balik donat tu nanti .






Jalan dengan kawan baik nya

Donat

Tinggal 2 je sebab 2 lagi dia bagi kat kawan

Thursday, October 8, 2026

PHOTO DIARY #34/2026

 Assalamualaikum semua,

Kawan-kawan ingatkan pasal parking berbayar tu, RM8, kalau masuk 2 kali jadi RM16 dok kira-kira mau sebulan dalam 300 lebih jugak bayar parking saja. Pastu aku tanya maktek boleh tak ambilkan Aiyan balik sekolah, aku bayar upah dekat dia. Dia kata ok je sementara dia belum bersalin ni, dijangkan bersalin dalam bulan 11 akhir gitu. Bila tak perlu keluar tengahari kurang sikit la penat kaki berjalan jauh tu. Jerebu makin teruk, dekat KL dan Selangor ingat dah teruk dekat kampung Johor lagi teruk rupanya. Putih sampai tak nampak jalan sekolah pun ditutup 2 hari khamis dan jumaat. Kawan-kawan jaga diri, pakai mask kalau keluar, minum air kosong banyak ya. Oklah jom layan cerita bergambar.

Dapat masuk pejabat awal sikit

Kasut baru, kerja sini baru masuk 2 minggu dah 2 kasut baru huhuhu


Gambar tadi masa balik dari hd

Ini gambar makngah hantar kt kampung pagi tadi

Makyan hantar gambar dekat Jalan Bukit Batu, pukul 7 pagi

Aku biasa pagi pakai baju tshirt lengan pendek lepas hd baru tukar baju batik... kedudukan tapak hd tu payah kalau pakai baju lengan panjang

Semalam petang baru pukul 6 tapi gelap macam dah malam

Luka sebab kena kertas, pernah kena tak?

Lunch semalam, lasagna daging

stoberi matcha tapi tak berapa sedap.... sedap lagi yg zus dan SR

Gambar pagi... nampak elok

gambar pukul 5 lebih sebelum balik hahahha