Friday, December 5, 2025

RESEPI DAN PETUA MASAK TELUR IKAN MAYONG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi dan petua masak telur ikan mayong. Walaupun nak beli telur ikan ni memang agak susah dan mahal harganya. Sesekali bila dapat beli bukan boleh sembarang masak gitu je macam telur itik atau telur ayam. Nak masak dia ni ada petua kene ikut hehehe. Supaya tak rasa dan bau hanyir ikan tu. Jom tengok aku kongsikan ya.

Cara sediakan telur mayong:

Bahan- bahan:

300g telur ikan mayong

6 keping asam keping

1 inci halia

1 sudu kecil cuka

air secukupnya

Cara Masak:

- Rendamkan dengan asam keping dan air untuk 30 minit

- Bila dah rendam, toskan dia.

- Dalam periuk kecil masukkan asam keping 3 keping, cuka dan halia. 

- Bila dah mendidih, masukkan telur ikan untuk 2-3 minit lepas tu toskan dan cuci.

- Lepas tu kita pun boleh la masak kan dia.

* Macam aku sebab aku pemalas, aku suruh Edy belikan asam pedas ikan pari kuah lebih. Jadi aku tinggal masukkan telur dalam kuah asam pedas ikan tu. tambahla daun kesum dan bunga kantan. Siap. Mudah dan cepat heheheh







aku tak suka rebus lama-lama 

asam pedas orang malas


Masak api kecil je biar telur tu masak tapi jangan lama sangat


20 comments:

  1. Kat mana Dana beli ye...betul bukan senang nak dapat telur ikan mayong...bestnyaaaa..tempat akak usah nak dapat..

    ReplyDelete
  2. Ohh macam tu cara nak hilangkan bau dan hanyir dia. hihi..ni versi ngelat sikit sebab kuah asam pedas dah siap. Tapi tambah itu ini yang segar nampak macam masak sendiri dah. Senang kerja kan.

    ReplyDelete
  3. Alamak, sedapnya dana... sy x pernah masak telor ikan mayong, mcm x pernah jugak jumpa di pasar basah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur ikan mayong dengan ikan duri lebih kurang je saiznya kak

      Delete
  4. teringinnya telur mayong,tak pernah jumpa org jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene cuba cari kt pasar ikan-ikan kot ada kak,. pasar temerloh mesti ada

      Delete
  5. baru tau cara msk telur ikan mayong tksh Dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi nak mudah beli yang dah siap masak terus kak hahhaha

      Delete
  6. Tak pernah makan dan tak pernah beli ikan ni. Nampak sedap pulak tu masak asam pedas.

    ReplyDelete
  7. Kalau balik Muar mesti cari asam pedas ikan mayong ada telur. Baru tahu macam tu tips elak bau hanyir telur mayong.. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat muar mudah jumpa kak... melaka pun banyak kedai jual asam pedas telur ikan ni

      Delete
  8. Tips cara memasaknya boleh dicoba, sesuai juga untuk saya yg tak suka masak lama2 😅. Yg penting kita beli kuah lebih ya kak hahahaha. Yg terpenting kan rasa telur Mayong nya dah tak amis 😄👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nak makan sedap tapi malas macam akak heheheh

      Delete
  9. Sedapnya Dana. Belum pernah makan telur ikan mayong ni.

    ReplyDelete
  10. Wal kalau terjumpa telur mayung ni mesti beli.

    ReplyDelete
  11. Renyah tapi sedap dimakan.. Patutlah mahal..
    Mungkin bila tak buat gini, tu yang rasa telur tu pelik agaknya ye Dana..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...