Wednesday, November 9, 2022

PROGRAM LAWATAN LUAR RAYYAN IZZAN EP.1

 Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan semalam tak sempat buat entri, kesibukan melawat dan berjalan-jalan. Semalam kami ikut Aiyan punya Program Lawatan Luar ke Homestay Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Dari awal pagi dah berkumpul di sekolah, pukul 8 pagi gerak dari sekolah ke Sungai Besar. Banyak aktiviti yang dibuat, gambar pun banyak nanti di kongsikan lagi ya. 

Jom lah layan cerita bergambar yang ada ya. Banyak betul gambar nya ni,  penat memang penat tapi seronok bila dia seronok.

murid-murid naik bas
nampak tak budak comel tu pakai sweater emak nya tu
kami ikut dari belakang dengan kereta
Hentian pertama, kedai nata de coco
Bergambar dulu 
sesi penerangan tentang pembuatan nata de coco
dapat pulak yang sejuk nikmatnya
datang dekat aku suruh ambil gambar dia
comel semua dengan topi biru tu
hentian kedua, kilang kerepek 
semua sibuk makan kerepek dan membeli kerepek

anak sibuk makan kerepek, aku paksa Edy ambil gambar aku
panas terik tapi demi gambar yang cantik, sanggup
hijau je 
hentian ketiga, kedai coklat
ini lah pokok dan buah koko

sesi menghabiskan duit mama nya

pilih-pilih



gaya orang kena pau duit ni hahaahha 


Monday, November 7, 2022

KUNAB =KUCING +ARNAB

 Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan semua dah lewat baru dapat buat entri, sibuk mengemas bilik aku yang dah tak keruan rupanya ni. Ini pun masih berhabuk sana sini biliknya, terima kasih buat semua kawan pejabat yang tolong angkat kabinet dan meja kerja aku. Disebabkan dah lambat, kita buat entri yang ringkas je.

Hari tu aku ada beli topi telinga arnab, dah sampai terusla cuba dekat budak 3 ekor ni. Punyalah comel rasa nak cubit je hahahha. 


mata bulat comel kan


muka marah tu heheheh

Friday, November 4, 2022

RESEPI IKAN BAWAL MASAK KENCUR@CEKUR

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi kegemaran aku, dan sekarang jadi kegemaran Edy. Kalau dia beli bawal memang tahu la dia akan suruh masak ini. Selain bawal  ikan lain boleh buat masak ini, aku dengan ayam pun biasa buat. Lagi pekat pedas lagi sedap.

Kisahnya dia beli ikan bawal, aku tanya nak masak apa? Katanya kencur, ada beli biji kencur tak? Takde katanya. Mujurla tepi rumah memang ada tanam pokok kencur, korek ambil isinya nasibla ada isi juga. 

Bahan-bahan:

3 ekor ikan bawal, potong 3 dan goreng dengan kunyit bawang putih

7-9 biji cili bangla ( 20 -30 biji cili api biasa) tumbuk

3 ulas bawang merah kecil, tumbuk

3 ulas bawang putih, tumbuk

5-6 biji kencur, tumbuk (lagi banyak lagi sedap)

2 kotak kecil santan

Air secukupnya

Asam keping 2

Daun kencur hiris

sedikit gula garam

Cara masak:

- Rebuskan semua bahan tumbuk dengan 2 cawan air untuk 10 minit, atau hingga masak mendidih.

- Masukkan santan dan asam keping. Masukkan gula sikit kacau kuah gunakan api kecil bila dah mendidih bahan tu. Masukkan garam dan ikan goreng. Masukkan juga hirisan daun kencur.

- Biarkan semua kuah dan ikan sebati, rasa bila dah cukup masin manis sikit masam pedas matikan api.

- Aku suka kuah yang pekat. 


Korek sikit tengok isinya

Boleh la ni, kira ada jugakla

Bahan-bahan utama

Rebuskan






Pekat likat baru sedap.

Thursday, November 3, 2022

PHOTO DIARY #34/2022

 Assalamualaikum semua,

Bertemu kita di hari khamis yang sejuk, mujur lah awal pagi ni tak hujan macam pagi semalam. Sekarang cuaca memang tak dapat dijangka, yang pastinya setiap hari akan hujan. Tak payah bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar ya.

Tudung satin ni kadang dia elok mudah bentuk,
 tapi kadang itulah makin lama makin jadi bulat muka aku

minggu masa dia batuk tu, hari jumaat dia mc aku dah kerja jadi minta maktek jagakan

pokok bunga kantan

Kalau jalan depan Edy aku panggil terus je dia baring gini, saja tak nak pergi dekat aku

memang dia jarang tidur secara elok, ini memang gaya kegemaran dia


beli kerepek melinjo dekat kedai aceh, aduh comel betul saiznya

yang belah atas tu aku beli dekat pasar tani besar dan tebal, yg beli kt kedai aceh bawah tu


aritu teringin, buat lah seplastik agar-agar pandan santan

pegawai India dari pejabat lama, bagi maruku dan kerepek raya yang dia buat

cucuk batang ros pengantin, tak sangka hidup siap berbunga, nak cuba tanam banyak-banyak

pokok orkid ni ada keluarkan benihnya, nak cuba semailah bila dia dah tua nanti

bekal ke pejabat untuk sarapan dan tengahari

kawan mintak pegaga dengan akar nya, nak cuba tanam katanya

petik daun pandan juga

petik juga daun pudina

dan daun kunyit juga

Wednesday, November 2, 2022

WW LUNJUR KAKI LEPAS MENDAKI TANGGA

 Assalamualaikum semua,

Tak larat nak mendaki tangga tapi terpaksa kene daki juga. Dekat rumah mula lah sakit kaki, lutut rasa sengal seksa rasa entahla bila nak dibaiki. 


Sampai bilik je, lunjur kaki bagi hilang penat kaki


muka berpeluh-peluh, masuk bilik terus on kipas

Tuesday, November 1, 2022

KFC SPICY SMOKEY CRUNCH

 Assalamualaikum semua,

Beberapa hari lepas asyik la ternampak orang makan menu kfc yang baru, nampak menggoda ayam gorengnya. Jadi semalam mintak Edy belanja lah kfc sebab dia dah gaji kan. Macam biasa lah memang aku yang selalu suka cuba menu baru kfc atau mcD, dia pulak selalu akan ambil menu biasa je. Sejenis susah nak makan yang pelik-pelik Edy tu. Memang kurang adventure sikit dia tu, yelah belut pun tak makan, urat keting lembu tak makan, babat ke apa memang tak makan. 

Bagi aku ayam spicy smokey crunch ni memang sedap, terasa lah dia punya rempah tu yang pedas, bersalai, manis masin ada. Rempah dia tu kena bagi aku, ayam pun agak besar dah tak saiz anak ayam macam sebelum ini. Cuma itulah masalah takde ais memang kadang buat geram jugak, dan cheesy wedges pun asyik takde stok.

Edy beli 3 ketul sebab dia nak rasa jugak 1 ketul

nak cheesy wedges tapi ada ini je

Edy dulu kini dan selamanya akan ambil ayam spicy

tanpa ais, tak sejuk letak la ais sendiri kat rumah


merah menyala