Monday, November 30, 2020

KEREPEK PISANG TANDUK

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari rumah, kawan-kawan masak sarapan apa? Aku masak nasi lemak je pagi ni si hero minta nasi lemak  tapi takde gambar. 😁

2 minggu lepas Edy ada belikan pisang tanduk lepas aku asyik berzikir suruh carikan. Teringin sangat nak makan kerepek pisang tanduk dari raya puasa lagi tapi takde dapat pisang tanduk mentah. Memang ada orang jual tapi kadang rasa masin sangat, tak gemor aku jadi aku sanggup lagi buat sendiri. Tak susah senang je, janji ada pisang penyagat dan minyak.  

Mula-mula Edy beli 5 biji tapi besar dan panjang 5 biji pun jenuh nak siapkan

Pisang pun dapat yang cantik warna nya

Dah nak habis masa ni, malas nak tambah minyak lagi 

Selain Aiyan ini antara peminat maruku dan kerepek pisang maklongnya

Khamis petang dalam pukul 6.45 macam tu dapat parcel dari kampung johor

Petai tepi rumah dan kerepek pisang tanduk, bahagia rasa... 1 bekas untuk aku dan 1 untuk maktek


Hari khamis petang sebelum dapat parcel dari kampung Edy ada beli pisang lagi sebab kerepek kat rumah dah habis, Edy beli 8 biji kali ni

Sabtu pagi baru kopek kulit dia tengahari tu baru mula buat kerepek

Pisang kali ini agak pucat... tapi sedap je tengok Aiyan ngap krup krap krup krap

31 comments:

  1. pisang tanduk ni sedap bila direbus :) mak mertua sllu bt mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah pulak cuba pisang tanduk rebus, kalau pisang nipah tu biasa nampak orang rebus

      Delete
  2. Rindu nak makan kerepek pisang tanduk! Time raya saja baru jumpa, itupun kalau balik Malaya.
    Alhamdulillah dapat rezeki petai juga. Besar matanya. Nak masak apa dengan petai tu Dana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. di sana takde pisang tanduk ke kak? kot ada pisang lain yang boleh di jadikan kerepek layan jugak kak...

      Delete
  3. Sedapnya kerepek pisang tanduk, mahal tau dana org jual rm18 setengah kg, teringin juga nak buat. Mcm senang je tu, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. huih mahal yek... yelah nak cari pisang tanduk ni susah jugak kak itu agaknya mahal

      Delete
  4. Akak sarapan cekodok nasi pagi ni Dana.Banyak pulak lebihan nasi smlm,jemu pulak asyik nasi goreng.
    Kerepek pisang tanduk memang sedap .Kat tempat akak ni susah nak cari pisang yg muda .Kalau untuk goreng tu banyak lah.Puas kan kalau dapat goreng sendiri,boleh ikut citarasa kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap cekodok nasi tu kak... kenyang

      itulah kadang memang susah nk cari pisang tanduk yang muda

      Delete
  5. fav kerepek pisang tanduk...dlu2 mak akak slalu wat....kunyah2 ni mmg tk sedar tgk2 sekejap je abis sebalang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, ini menu utama waktu raya... tiap tahun emak mesti buat

      Delete
  6. KEREPEK PISANG TANDUK NI MEMANG SEDAP

    ReplyDelete
  7. uish pandai nya buat sendiri..jimat duit..kena dengan selera tekak kita pula kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je dik oi, tak la jimat sangat sebab pisang tanduk ni sekilo RM8

      Delete
  8. fresh2 makan sedap ek Dana.. licin sebalang. tak sedar.

    ReplyDelete
  9. sedapnya kerepek pisang tanduk. Puas makan. Tapi akak tak pandai sangat buat kerepek pisang. malas pun ye.. nak lama2 depan api tu. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehehe senang je kak , tak duduk lama depan api... lepas dah sagat dana tinggal je jenguk kejap2 je sampai garing

      Delete
  10. Puas betul makan kerepek. Rumah akak pun pokok pisang banyak berbuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu buat sendiri puas makan, kalau ada tanam pisang tanduk boleh la buat kerepek kak, kalau jual pun mahal susah nak jumpa

      Delete
  11. Kerepek pisang tanduk dan petai ke dua ni mencari teringin makan.

    ReplyDelete
  12. Dlm byk2 pisang mmg pisang taanduk paling awesome buat kerepek

    ReplyDelete
  13. Sedap kerepek pisang tanduk. Kalau kat kedai mahal harga kerepek pisang tanduk. Lebih berbaloi ni buat sendiri. Dapat lagi stok dari kampung. bahagia aiyan dapat kudapan kerepek pisnag tanduk.

    ReplyDelete
  14. sedap kerepek ni..buat jajan mlm2 buat layan drama..mau habis sebekas kak dana ^_^

    ReplyDelete
  15. petai tu... huhuhuhu tiba2 rasa mcm nak makan sambal udang petai pula

    ReplyDelete
  16. Kerepek buat sendiri paling best, kan Dana. Akak pun ada juga buat kerepek dulu. Tak letak garam pun. Rasa semulajadi pisang dan kerangupannya dah cukup. Memang cepat habis. Hehe.

    ReplyDelete
  17. Sedap kerepek ni! Makan sambil tengok tv kejap je habis!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...